Meet us
All Products
Sort by
Show result
Set Rawatan Rambut 2 in 1 Wak Doyok merupakan formulasi semulajadi yang menggabungkan kebaikan ekstrak bunga raya, minyak zaitun dan daun pudina khusus untuk menjadikan rambut anda lebih sihat, subur dan lembut di samping membantu merawat masalah rambut gugur, kering dan bercabang.

KEBAIKAN SYAMPU RAMBUT WAK DOYOK 

  • Memelihara rambut anda agar lebih sihat dan subur
  • Mengukuhkan rambut dari akarnya
  • Merawat masalah rambut gugur, rosak dan bercabang
  • Merawat masalah kelemumur yang mengganggu keselesaan anda
  • Mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala
  • Memelihara kelembutan rambut agar ia mudah untuk dirapikan
  • Memelihara kesegaran rambut dan kulit kepala
  • Membantu merawat kerosakan rambut akibat pencemaran toksin dan sinaran UV
  • Sesuai untuk digunakan setiap hari
  • Sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita

KANDUNGAN SYAMPU RAMBUT WAK DOYOK 

Bunga Raya: Lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut. Di samping itu, bunga raya turut membantu mengekalkan kelembutan rambut dan keutuhan akarnya, di samping mencegah masalah rambut gugur.
Minyak Zaitun: Minyak zaitun kaya dengan vitamin E yang bertindak melambatkan proses penuaan pra-matang dan mencegah masalah uban di samping membantu memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala. Ia juga berupaya melancarkan peredaran darah di bahagian kulit kepala seterusnya membantu menyuburkan rambut. Malah, ia juga kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan kerosakan rambut dan kulit kepala akibat pencemaran toksin yang berpunca daripada persekitaran serta produk rawatan rambut. Selain itu, minyak zaitun juga bersifat antibakteria yang berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur mahupun kutu.
Pudina: Daun pudina merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya mengatasi masalah rambut gugur serta memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.

CARA PENGGUNAAN SYAMPU RAMBUT WAK DOYOK 

  1. Gosok dan ratakan syampu pada permukaan kepala dan rambut.
  2. Bilas sehingga bersih.
  3. Sesuai untuk kegunaan harian.
RM59.90

Produk Krim Jambang & Rambut Wak Doyok ini SANGAT EXCLUSIVE. Ianya di rumus sendiri oleh Wak Doyok bukan sahaja berupaya membantu melebatkan jambang, malah mampu melebatkan bulu kening, masalah rambut nipis, misai, janggut, bulu dada, ketiak dan juga beberapa bahagian lain yang di inginkan.

Krim Jambang & Rambut Wak Doyok ini UNISEX. Bukan hanya untuk lelaki, wanita serta kanak kanak juga boleh memakai nya tanpa was was kerana ianya bahan asli semulajadi.
Untuk hasil maximum, Krim Jambang & Rambut Wak Doyok ini dipakai pagi dan malam. I
nsyaa - ALLAH.
 
KELEBIHAN KRIM JAMBANG & RAMBUT WAK DOYOK :
Penggunaan Krim Jambang Wak Doyok menjadikan anda lebih berkeyakinan.
Untuk para lelaki , ia membantu penampilan anda segak & tampan seperti Wak Doyok.
Juga menyerlahkan KEJANTANAN anda!
 
Ianya terbukti sangat berkesan :

✔ Merapikan rambut, janggut, jambang, misai & sideburn.

✔ Melebatkan rambut, janggut, jambang, misai & sideburn.

✔ Membantu pertumbuhan rambut, janggut, jambang, misai & sideburn.

✔ Melembutkan rambut, janggut, jambang, misai & sideburn.

✔ Mehindar rambut, janggut, jambang, misai & sideburn

✔ Melembabkan kulit dibawah jambang.

 
KHASIAT KRIM JAMBANG WAK DOYOK:
✔ Membantu penumbuhan bulu di wajah anda
✔ Boleh digunakan di kening
✔ Mewangikan jambang/janggut anda
✔ Melembutkan jambang/janggut anda
✔ Mengelakkan kegatalan pada wajah
✔ Dihasilkan dari ramuan terpilih rahsia turun temurun Embah Lanang
✔ Diiktiraf GMP (Good Manufacture Product) untuk menjaga penghasilan produk kami

 

KANDUNGAN KRIM JAMBANG & RAMBUT WAK DOYOK :
1. Air
2. Minyak Zaitun
3. Minyak Kelapa (Cocos Nucifera)
4. Bunga Raya (Hibiscus Rosa-Sinensis)
5. Pewang
6. Triethanolamine
7. Spirulina Maxima
8. Mentho
9. Asid Stearik
10. Noni (Morinda Citrifolia
11. Habbatus Sauda (Nigela Sativa)
12. Biji Betik (Carica Papaya)
13. Buah Keras (Aleurites Moluccana)
 
 
KANDUNGAN BAHAN-BAHAN KRIM JAMBANG WAK DOYOK
Air
Air bukan sahaja baik untuk kesegaran tubuh serta kecantikan kulit, malah  turut berperanan penting untuk menyihatkan kumis, jambang mahupun rambut anda. Ia bertindak memelihara kelembapan rambut di samping dapatmembantu menyihatkan rambut mahupun jambang anda dari akarnya.
 
Minyak Zaitun
Minyak zaitun kaya dengan vitamin E yang bertindak melambatkan proses penuaan pra-matang & mencegah masalah uban disamping dapat memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala serta melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit kepala seterusnya membantu menyuburkan rambut. Ia juga kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan kerosakan rambut dan kulit kepala akibat pencemaran toksin yang berpunca daripada persekitaran serta produk rawatan rambut. Selain itu, minyak zaitun juga bersifat antibakteria yang berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur mahupun kutu.
 
Minyak Kelapa (Cocos Nucifera)
Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyakhasiat untuk untuk kesihatan dalaman dan luaran, seperti meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel di samping mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit kepala. Asid laurik yang terkandung dalam minyak kelapa dara pula berupaya mengatasi masalah kelemumur dan menggalakkan kesuburan rambut.
 
Bunga Raya (Hibiscus Rosa-Sinensis)
Lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut serta jambang anda. Di samping itu, bunga raya turut membantu mengekalkan kelembutan rambut dan keutuhan akarnya, di samping berupaya mencegah daripada keguguran rambut.
 
Pewangi
Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan aroma yang menyegar serta mengharumkan rambut anda.
 
Carbomer
Ramuan yang sering digunakan dalam pembuatan kosmetik ini berperanan memelihara kelembapan kulit mahupun rambut anda.
 
Triethanolamine
Bahan ini adalah sejenis cecair sintetik yang sering digunakan sebagai bahan pengemulsi yang bertindak melarutkan ramuan di dalam produk penjagaan diri seterusnya menggalakkan fungsi dan keberkesanan produk tersebut.
 
Spirulina Maxima
Spirulina merupakan sejenis alga atau rumpai laut yg tinggi kandungan asid amino, asid lemak, vitamin A dan beta-carotene yang ternyata baik untuk rawatan rambut. 
Di samping mampu mengatasi masalah kelemumur, spirulina juga berkesan untuk menyuburkan rambut seterusnya membantu mengatasi masalah rambut gugur.
 
Menthol
Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya mengatasi masalah rambut gugur serta memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
 
Asid Stearik
Asid stearik merupakan sejenis asid lemak dan sering terkandung di dalam bahan semulajadi seperti koko dan pokok shea. Ia berfungsi sebagai bahan pengemulsi di samping membantu mengekalkan kelembapan rambut mahupun jambang anda.
 
Noni (Morinda Citrifolia)
Buah noni atau lebih dikenali sebagai mengkudu yang ternyata mengandungi pelbagai khasiat bersumberkan vitamin, mineral dan protein untuk membantu merawat masalah rambut gugur dan kelemumur di samping melembut dan melembapkan kulit kepala. Ia bersifat antioksidan serta berupaya memelihara rambut dan kulit kepala daripada kerosakan serta membantu menjadikan rambut, kumis dan jambang anda lebih sihat dan bersinar.
 
Habbatus Sauda (Nigela Sativa)
Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan, malah mampu mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala.
Di samping itu, Habbatus Sauda juga berupaya mengukuhkan rambut dari akarnya serta menggalakkan pertumbuhan rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut.
 
Biji Betik (Carica Papaya)
RM39.90

ORIGINAL POMADE WAK DOYOK STRONG HOLD

Miliki gaya rambut yang unik dan tahan lama dengan Pomade Wak Doyok yang dihasilkan daripada 100% ramuan asli. Produk ini TERBUKTI berkesan untuk mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut anda serta membantu mencegah masalah rambut gugur, kegatalan kulit kepala dan kelemumur.

Kandungan: 100gm

KEBAIKAN POMADE WAK DOYOK

  • Dihasilkan daripada 100% ramuan asli bahan alam semulajdi
  • Membantu menggayakan dan merapikan rambut anda
  • Mengekalkan gaya rambut anda sepanjang hari
  • Mengekalkan kelembapan dan kelembutan rambut anda
  • Membantu mencegah masalah rambut kering
  • Mencegah masalah kelemumur dan rambut gugur
  • Menjadikan rambut anda tampil lebih bersinar sepanjang hari
  • Tidak berminyak.

KANDUNGAN POMADE WAK DOYOK

  • Lilin Soya: Ramuan yang terhasil daripada minyak kacang soya ini bertindak membentuk tekstur isi kandungan produk ini di samping berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut anda.
  • Zaitun: Minyak zaitun kaya dengan vitamin E yang bertindak melambatkan proses penuaan pra-matang dan mencegah masalah uban di samping membantu memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala. Ia juga berupaya melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit kepala seterusnya membantu menyuburkan rambut. Ia juga kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan kerosakan rambut dan kulit kepala akibat pencemaran toksin yang berpunca daripada persekitaran serta produk rawatan rambut.
  • Biji Anggur: Biji anggur ternyata mampu mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala serta membantu mencegahnya daripada kerosakan akibat sinaran UV.
  • Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba yang berasal dari Arizona, California dan Mexico serta kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E untuk untuk memelihara rambut anda. Minyak Jojoba bersifat antibakteria serta mempunyai struktur molekul yang sama dengan sebum yang merupakan minyak kulit kepala, jadi ia amat sesuai digunakan untuk merawat masalah di bahagian rambut dan kulit kepala. Ia berupaya meredakan masalah rambut rosak, kelemumur dan kulit kepala yang kering di samping mengekalkan kelembapan dan kehalusan rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut.

 

RM39.90

SET MEWAH FABULOUS WD SKINCARE 

Kenali Kulit

Punca Kulit Sensitif – Masalah kulit sensitif tak pernah ada penyelesaian. Dalam 10 orang mesti ada 5 orang yang mengalami masalah kulit sensitif yang teruk dan tak ada penyelesaiannya. Masalah seperti ini wujud kerana mereka yang mengalami masalah kulit muka sensitif tidak pernah tahu atau tidak ambil berat tentang punca-punca kulit mereka menjadi sensitif.

Mereka hanya fokuskan kepada penyelesaian masalah kulit sensitif. Walhal, jika tidak pernah tahu tentang punca-punca kulit sensitif tidak dinafikan jika masalah kulit sensitif akan kembali berulang dan tidak pernah selesai.

Ketahui PUNCA kulit sensitif :
Ketidakseimbangan Hormon – Untuk pengetahuan semua, ketika kita mengalami tekanan dan bebanan kerja atau masalah yang lain, kulit kita akan menjadi sensitif. Ini kerana perubahan hormon kita yang tidak stabil. Ia juga berlaku ketika tempoh kehamilan dan peningkatan usia.

Perubahan cuaca – Perubahan iklim cuaca yang berubah-ubah juga dapat mempengaruhi kadar penghasilan minyak sehingga menyebabkan kulit sensitif. Jangan sangka kulit sensitif hanya terjadi ketika cuaca panas sahaja, kulit sensitif juga terjadi jika kita terdedah kepada sejuk yang melampau dan menyebabkan kulit kita akan menjadi kering, gatal dan sensitif.

Penggunaan produk kecantikan yang tidak sesuai – Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam produk kecantikan menyebabkan kulit mudah terhakis pada kulit perlindungan. Ia menipiskan lapisan kulit sehingga urat-urat kapilari merah pada sekitar wajah akan timbul. Kandungan bahan kimia tersebut juga akan merosakkan bahagian kulit paling dalam, itu akan mengambil masa yang lama untuk kulit sensitif kembali pulih.

Pola pemakanan yang salah – Kekurangan nutrisi yang cukup dan kekurangan air yang diperlukan tubuh badan juga akan mengakibatkan kulit kering, sehingga paras sensitiviti meningkat. Makanan yang kurang sihat seperti makanan bergoreng dan makanan berminyak juga akan meningkatkan paras sensitiviti kulit.

Tiada pelindungan pancaran UV – Ketika kulit kita terkena cahaya UV, pembentukan kolagen pada kulit menjadi tidak sempurna, pigmen dan melanin kulit juga menyebabkan proses penuaan terjadi lebih awal.

Set Skincare mengandungi 3 Items 

Sabun Emas - 40gm

  • Mengandungi Nano Emas, Ekstrak Aloe Vera dan Bunga Candelula.
  • Membersihkan kekotoran dan sel-sel kulit mati, melembapkan kulit, menegangkan kedutan, merawat masalah jerawat dan memudarkan pigmentasi
  • Gunakan setiap pagi dan malam.  

Krim Siang - 10gm

  • Pelembap harian di waktu siang, mengikut warna kulit si pemakai .
  • Ia di rumus khas untuk memelihara dan melindungi kulit wajah daripada pancaran sinar UV.
  • Texture nya yang ringan dan halus sangat lembut pada kulit wajah, seakan tidak terasa wajah sedang di rawat dan di lindungi dengan sempurna.
  • Sapukan krim siang ini pada kulit sehingga rata dengan menggunakan dua jari.
  • Digunakan setiap hari.

Krim Malam - 10gm

  • Krim malam ajaib Fabulous WD Skincare ini mengandungi bahan aktif Antioksida dan Vit E mampu membantu mengembali kan keanjalan kulit wajah serta mencerahkan secara semulajadi.
  • Ia merawat ,memudarkan parut jerawat , mencerah kan pigmentasi, menghaluskan garisan kedutan dan mengecilkan liang pori serta meratakan tona wajah.
  • Sapukan krim siang ini pada kulit sehingga rata dengan menggunakan dua jari.
  • Digunakan setiap malam sebelum tidur.

PRODUK ORIGINAL 100%

MASTER STOKIS @lejenklasik.aslegacy

RM89.90

Kenapa Arang Mampu Memutihkan Gigi?

 

 

 

 

 

Putihkan Gigi Guna Arang, Ini Cara Yang Betul Menurut Pakar…
 

Ini Sebab Kenapa Arang Mampu Memutihkan Gigi

Gigi adalah sebahagian mahkota di wajah kita. 

Selain mahukan kesihatan yang baik menjaga kecantikan juga menjadi salah satu faktor untuk kelihatan sempurna. Oleh itu, memiliki gigi putih dan berkilat tentu sahaja menjadi dambaan setiap orang terutama bagi kaum hawa. Namun begitu rawatan pemutihan gigi memerlukan kos yang tinggi. Tetapi ada juga cara tradisional untuk mendapatkan gigi putih.
Disini kami kongsikan cara pemutihkan gigi menggunakan arang dan ubat gigi.

Cara – caranya:
1. Ambil seketul arang kayu dan tumbuk sehingga hancur.
2. Kemudian letakkan diberus gigi dan tambahkan ubat gigi.
3. Gosok gigi anda seperti biasa.
4. Jadikan rutin sehingga anda mendapat hasil yang diinginkan.
Arang memiliki sifat alkali dan sangat membantu dalam proses pembersihan gigi. Arang yang telah dihancurkan halus juga bertindak sebagai skrub gigi untuk membersihkan dan menanggalkan kotoran degil. Arang juga mampu menyembuhkan dan mengekalkan kesihatan gusi serta gigi.
Selain itu, sifat alkali pada tahap tertentu sahaja berbahaya kepada tubuh kita dan sifat alkali arang ternyata selamat dan sesuai untuk tubuh manusia dan kerana itulah arang sesuai digunakan sebagai alternatif untuk memutihkan g
igi.


Dapat kan Arang Pemutih Gigi Wak Doyok

Original 100%

Master Stokis WD Jambang Ventures @lejenklasik.aslegacy

RM35.00

Bizzi Boddy by AS Legacy Malaysia adalah minuman campuran Green Tea yang diformulasi khas untuk anda yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. Sesuai untuk lelaki dan wanita. Ia juga berfungsi mengawal selera makan membuatkan anda sentiasa kenyang sepanjang hari dan berfungsi membuang toksin, detox dalaman dan mencantikkan kulit. 

Bagaimana Bizzi Boddy bekerja? Bizzi Boddy bertindak sebagai fat burner yang membantu membakar lemak dengan peranan yang paling utamanya iaitu "mengawal selera makan". Apabila hilang nya tarikan selera pemakanan , pengambilan kalori juga akan berkurangan maka tubuh badan terpaksa membakar lemak lemak terkumpul dan degil, dalam masa yang sama naikkan kadar metabolism . Ini membantu proses slimming anda ! insyaa ALLAH sukses !

Bahan kandungan :

  • Wheat Germ
  • Garcinia Cambogia
  • Hoodia Gordonii
  • Green Coffee Extract
  • White Kidney Bean

Membantu untuk :

  • Menjaga kesimbangan metabolisme tubuh
  • Mengatasi masalah sembelit
  •  Menurunkan kasar kolestrol
  • Mengawal selera makan
  • Mencantikkan kulit
  • Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
  • Mengurangkan masalah obes
  • Memberikan tenaga

Cara penyediaan:

  • Bancuh 1 paket dengan air suam 150ml waktu pagi sahaja.
    • Jika sarapan secara berat,harus di ambil ketika perut kosong 1 jam sebelum sarapan .
    • Jika sarapan secara ringan (oat/biskut) boleh di ambil selepas sarapan.
  • Untuk orang yang ada gastrik. 
    • Jarakkan 2-4 jam jika makan dengan supplement lain~
  • Simpan ditempat yang kering pada suhu bilik.
  • Kesan dari BIZZI BODDY tekak terasa mual dan hilang selera makan. Najis akan keluar dan akan mencairkan lemak .

Tips untuk kesan lebih cepat

  • Banyak kan minum air kosong utk dapatkan kesan yang optimum 
  • Ambil buah buah dan sayuran sebagai snek kerana ianya sangat berkesan membantu proses slimming & badan rasa bertenaga sepanjang hari.

Bizzi Boddy diformulasikan daripada daripada bahan-bahan terbaik dan semulajadi yang amat membantu dalam penjagaan badan anda ke tahap yang ideal.

Antaranya ialah:-
Green Tea, Green Cofee Extract, Hoodia Extract, Garnicia Cambogia Extract dan White Kidney Bean.

Antara manfaat pengambilan Bizzi Boddy adalah:-

  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Meningkatkan metabolisma
  • Mengekalkan kesihatan otot
  • Meningkatkan stamina badan
  • Meningkatkan pembakaran lemak
  • Membantu mengurangkan selera makan

Bizzi Boddy diformulasikan daripada daripada bahan-bahan terbaik dan semulajadi yang amat membantu dalam penjagaan badan anda ke tahap yang ideal.

Antaranya ialah:-
Green Tea, Green Cofee Extract, Hoodia Extract, Garnicia Cambogia Extract dan White Kidney Bean.

RM79.90

GENTEL HARUMNITA dihasilkan dari pelbagai herba yang terpilih, antaranya manjakani, kayu serapat, kacip fatimah, jemuju dan banyak herba tradisional melayu yang digunakan sejak turun temurun.

Formulasi hebat dari rumusan herba herba yang berkualiti tinggi ini telah terbukti dapat menyelesaikan masalah dalaman wanita. Ia juga melembabkan dan mengaktifkan cairan semula jadi dalam faraj, secara tidak langsung menambah dan membangkitkan ghairah dan menimbulkan kenikmatan yang istimewa ketika bersama, sehingga pasangan dapat menikmati kenikmatan maximum yang sangat sempurna.

Bila dalaman sihat, pasti wajah berseri-seri dan awet muda.

Antara Kebaikan gentel harumnita

  • ✔Mengempiskan perut
  • ✔Mengatasi masalah keputihan
  • ✔Mengeratkan otot-otot faraj
  • ✔Mengubati sakit pinggang
  • ✔Menganjalkan payudara dan punggung
  • ✔Melancarkan haid & menghilangkan senggugut.
  • ✔Menghilangkan bau badan
  • ✔Awet muda
  • ✔Menghilangkan lesu badan


Perhatian :
*WANITA HAMIL TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENGAMBIL KAPSUL INI*

 

DOS PENGAMBILAN

Wanita yang mengamalkan GENTEL HARUMNITA secara beterusan akan dapat mengembalikan tenaga seperti remaja.

Cara makan: Ambil sebelum makan.
Untuk yang ada gastrik, ambil selepas makan


Cara Penggunaan:

  • Untuk memelihara kecantikan & awet muda, makan 2x1 kapsul sehari sebelum makan.
  • Selesaikan masalah keputihan dan menghilangkan lendir yang berlebihan dan dapat merapatkan kembali seperti gadis perawan, makan 2x2 kapsul atau 2x3 kapsul sehari sebelum makan.
  • Untuk wanita lepas bersalin makan 2x4 kapsul pagi/malam
  • Campurkan 3/4biji kapsul ke dalam 1.5L air yang mendidih dan cuci kawasan faraj wanita setelah air suam.

PERHATIAN !!
Simptom awalan :

  1. Setengah wanita mengalami Payudara berdenyut dan seperti membengkak . Ini menunjukkan tindak balas payudara akan menegang.
  2. Rasa ghairah yang tinggi dn ini petanda yg sgt bagus.
  3. Keputihan akan keluar dengan banyak kerana ia bertindak membersihkan rahim dan baunya serta mengetatkannya.
  4. Berdenyut kuat pada bahagian dalam Miss V kerana  ia  menguatkan otot dalaman dan dapat dirasai semasa melakukan hubungan seks.


TIP AGAR KEKAL KETAT SEPERTI DARA :

  • Makan GENTEL HARUMNITA setiap hari kecuali ketika haid.
  • Pastikan haid kering selepas 2 hari, 
  • Masuk kan sebiji gentel harumnita 6 jam sebelum melakukan hubungan seks.
  • Elakkan meminum ais batu.
  • Jangan banyak mencangkung, ia akan melemahkan otot vagina.
  • Elakkan dari mengangkat berat.
  • Elakkan dari punggung terhentak.
  • Amalkan senaman kegel atau senaman otot vagina / teknik kemut 50 kali sehari.

​PRODUK ORIGINAL 100 %

MASTER STOKIS ASLEGACY X LEGASI WD

@harumnita.aslegacy

RM49.90

BIZZI FLUSH

JUS DETOX strawberry yang yummy  terbukti berkesan 10x ganda lebih PANTAS dari yang sedia ada di pasaran. BIZZI FLUSH terkenal sebagai produk viral terkini paling berkesan.

Mengatasi masalah seperti :

  • Masalah sembelit
  • Jerawat aktif
  • Susah turun berat badan walaupun dengan bantuan supplement
  • Moody
  • Perut kmbung
  • Buncit
  • Stress
  •  Cepat letih
  •  Susah tidur
  •  Ketagih makan makanan manis.

Semua masalah di atas adalah  sebahagian tanda tanda banyak toksin dalam badan, jadi anda perlu cuci usus atau DETOX usus anda . Amal kan GAYA HIDUP SIHAT.
 

PRODUK ORIGINAL 100%
Master Stokis AS LEGACY WD
018-2096544

 

RM49.90

Bizzi Boddy Contour Cream AS Legacy , bukan sekadar KRIM PANAS hebat yang membakar lemak dengan pantas dan berkesan, TAPI ia sangat berfungsi sebagai KRIM PANAS yang sangat melega kan beberapa masalah sperti :

  • ​kembung perut,
  • angin,
  • rasa sebu,
  • terseliuh,
  • lenguh sendi,
  • sakit urat,
  • kebas tangan dan kaki 
  • banyak lagi khasiat nya.

     

Inshaa ALLAH, dapat kan satu, anda tidak menyesal memiliki nya,

PRODUK ORIGINAL 100%

MASTER STOKIS AS LEGACY WD

RM42.00

BIZZY BREAKFAST AS LEGACY adalah minuman Koko pelbagai khasiat pengganti sarapan pagi yang sangat lazat kaya serat serta tinggi Anti Oksidan.

Kebaikan Sarapan Pagi yang ramai tidak tahu

 1) Sarapan  pagi boleh menbantu menurunkan  berat badan . 
2) Sarapan mampu tingkatkan kemampuan otak .
3) Membantu menunjukkan teladan yang baik .
4) Landasan yang betul untuk menurunkan berat badan 
5) Tingkatkan metabolisme badan . .
 
SESUAI utk seisi keluarga dari kanak-kanak sehingga dewasa.
  • Mengandungi WHEY PROTEIN yang bagus sebagai minuman harian terutama di waktu pagi kerana ia akan mengenyangkan. Ia juga memudahkan proses pencernaan. 
  • BEET ROOT yang terdapat di dalam BIZZI BREAKFAST ini juga sesuai untuk ibu mengandung kerana ia penuh nutrisi yang bagus untuk anak dan ibu. Kandungan lemak dan karbohidrat yg tinggi
  • WHEAT GERM ni mengandungi sebatian yang lebih kurang sama dengan kolesterol, dinamakan phytosterols. Ia mampu merendahkan kolesterol tidak sihat dan meningkatkan kesihatan jantung

BIZZY BREAKFAST

  • Mengawal selera makan
  • Mengawal Berat Badan
  • Meningkatkan metabolisme
  • Memberi tenaga
❤ Cara Penggunaan
 
 Bancuh dengan air suam (210ml)
Minum sebagai ganti sarapan pagi

 

❤ Harga Berpatutan

WM RM49.90

EM RM52.90

SGD/BND $24RP 250,000


Kandungan 10 sachet

RM49.90

BALM BIDARA AURA 7 HERBA

Balm Bidara Aura 7 Herba​ AS LEGACY , adalah formulasi herba herba terbaik yang telah di Ruqiyah. Balm Bidara Aura 7 Herba tidak melekit, berkesan dengan pantas, mudah digosok dan meresap ke dalam kulit. Rasa nyaman yang sesuai untuk kegunaan bayi, kanak-kanak dan dewasa.

  • Kembalikan aura positif anda
  • Rasa dingin yang tidak keterlaluan
  • Tidak melekit
  • Mudah digosok dan meresap ke dalam kulit.
  • Sesuai untuk bayi dan dewasa

KEBAIKAN

  • Melegakan dengan pantas masalah pening kepala
  • mengurangkan rasa loya dan pening
  • Membantu mengurangkn masalah Kembung perut bayi & dewasa
  • Mempunyai khasiat vitamin E & A untuk membantu menghilangkan kesan parut
  • Alternatif terbaik untuk mengelakkan gigitan nyamuk
  • Sangat berkesan digunakan oleh kaum wanita yang inginkan kelegaan pantas untuk masalah senggugut ketika datang haid.
  • Iktiar terbaik untuk masalah kulit yang gatal dan tidak sembuh sembuh
  • Melegakan sakit-sakit akibat gigitan serangga, sengal-sengal badan dan sendi, sakit lutut, pergelangan dan tapak kaki, leher, dsb.
  • Membantu melegakan penafasan akibat selesema, sakit dada, dsb. sesuai untuk bayi dan kanak2 yang mengalami selsema
  • Membantu masalah susah tidur malam.

CARA PENGGUNAAN

  • Buka penutup Balm Bidara
  • Niat untuk kesembuhan, sertakan dengan Alfatihah, 3 kul dan ayatul kursi
  • Ambil sedikit menggunakan jari
  • Sapu terus di tempat yang ingin dirawat dan pakai
  • Sapu rata sehingga meliputi seluruh kawasan yang ingin dirawat

 

Berat : 30grm

RM39.90